Suatu hari Ibrahim bin Adham (wali Allah) ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”
Mendengarkan sapaan lelak itu, air mata Ibrahim bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya.
Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.”
Ibrahim bin Adham menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?" Allahurobi..
Moga2 pengisian nie dpt beri makna pd diri aku ini,,, terlalu luas hbtnye Ramadhan... Alangkah malangnya kalu amalan seharian dlm ramadahan kita juga turut pergi seperti mana ramdhan silih berganti... Ambil peluang bulan baraqah ramadhan nie untuk berubah, untuk melatih dan buleh juga titik permulaan tuk bulan-bulan seterusnya, dan lebih baik istiqomah sehingga hujung hayat.. insyAllah.. Perlu ingat.. kita bukan shje dipertanggungjwbkn hubungan dgn Allah shje, hubungan dgn manusia juga, bahkan menjadi kewajipan... Terus gunakan segala kudrat yang ada tuk bantu sahabat2 dibumi anbiya mesir, syiria dan semua umat islam yang lain.. Tak kira dengan kudrat wang, media massa... Allahurobi segan di depanMu ya rabb berbanding kudrat syahid shbt2 lain disana.
YaAllah.. Jgn la Kau berpaling dari aku walaupn sedikit pn.. Sungguhnya Kau tempat aku mengadu.. Ujian demi ujian Mu.. Kadang-kadang kurangkan sangkaan segala kerumitan bpunca dr org lain,, boleh jadi Allah mahu kita bermuhasabah sejauh mana kesabaran dan kebergantungan aku kpd Allah..
Memikirkan org lain melebihi diri sendiri, korban kan study tuk kebahagiaan org lain... Tatlkala Allah terbalikan segala yg dirancang...sebutlah Allahuakhbar dalam hati.. Sesungguhnya Allah bersama2, dan Dia lebih mengetahui...

No comments:
Post a Comment